PEMANTAUAN DARI KPM JULAI 2017






PEMANTAUAN DARI KPM OKTOBER 2016


PEMANTAUAN BUKU TEKS TAHUN JUN 2016


PROGRAM BAIK PULIH BUKU TEKS OLEH MURID








SEJARAH BILIK BOSS SK GEMAS

Pada awal kewujudannya BOSS dikenali sebagai Stor Buku Teks atau Bilik Skim Pinjaman Buku Teks. Pada ketika itu bilik tersebut sering berpindah-randah mengikuti keperluan semasa.

 Pada tahun 2001, BOSS terletak di Blok B , bersebelahan pejabat. Pada mulanya bilik ini tidak diberikan perhatian kerana dianggap sebagai stor bagi menyimpan lebihan stok buku teks sahaja.

Namun apabila jawatankuasa yang berwibawa dilantik, BOSS sekolah ini telah memulakan langkah-langkah mempertingkatkan segala kemudahan , keceriaan dan menghasilkan inovasi yang berkaitan dengan SBPT melalui pelbagai projek SPBT.

Mulai 2010, bilik BOSS  telah berpindah ke bangunan baru, atas usaha dan inisiatif guru SPBT dibantu oleh guru-guru dan pentadbir sekolah, maka bilik BOSS kini menjadi sebuah bilik yang selesa, kemas dan selamat serta dapat menjalankan aktiviti SPBT  dengan berkesan.


PROGRAM KECERIAAN BILIK BOSS 2017











PERATURAN PINJAMAN BUKU TEKS

1.  MURID HENDAKLAH MENGISI MAKLUMAT DIRI DIRUANGAN YANG DISEDIAKAN PADA KULIT BAHAGIAN DALAM BUKU TEKS.
2.  MURID HENDAKLAH MENJAGA KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN BUKU TEKS.
3.  MURID HENDAKLAH MEMBALUT BUJU TEKS DENGAN PEMBALUT PLASTIK LUT SINAR.
4.  MURID HENDAKLAH MEMASTIKAN BUKU TEKS TIDAK DICONTENG, DITULIS, DIKOYAK, DIGUNTING ATAU SEBARANG JENIS PERLAKUAN YANG BOLEH MENGAKIBATKAN KEROSAKAN.
5.  MURID HENDAKLAH MEMASTIKAN SEMUA BUKU TEKS DIBAWA PULANG PADA SETIAP HARI SELEPAS SESI PERSEKOLAHAN.
6.  MURID HENDAKLAH MEMULANGKAN BUKU TEKS YANG DIPINJAM PADA MASA YANG DITETAPKAN.

7.  MURID HENDAKLAH MENGGANTIKAN BUKU TEKS YANG DIHILANGKAN ATAU DIROSAKKAN.


LATAR BELAKANG BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (BOSS)

Pengenalan

Konsep BOSS yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah telah menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh.

Tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus adalah salah satu aspek yang penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Kewujudan BOSS ini bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.

Bagi menjamin penjagaan dalam keselamatan buku teks SPBT, sekolah perlulah menguruskan BOSS dengan efisien. BOSS diwujudkan dengan konsep bilik ini digunakan sebagai tempat yang menguruskan pelbagai urusan berkaitan SPBT. Sekolah perlu menyediakan BOSS yang mempunyai kemudahan asas seperti berikut :

.::.Kaunter
.::.Rak buku
.::.Meja dan kerusi
.::.Kipas
.::.Alat Pemadam Api
.::.Kawalan haiwan/serangga perosak
.::.Kabinet/almari fail
.::.Papan kenyataan
.::.Peti Kecemasan